Monday, November 20, 2017

Sembelit Punca Buasir





Ramai yang tidak mengambil berat dan sering memandang remeh sekiranya tidak membuang air besar walaupun sehingga seminggu atau lebih. Sekiranya tidak membuang air besar lebih dari tiga hari seminggu, bermakna individu itu sedang berdepan dengan  masalah sembelit. 
Sembelit tidak boleh dibiarkan tetapi perlu dirawat dengan segera kerana ianya boleh menganggu aktiviti seharian kita.  Masalah sembelit ini boleh dikesan dengan melihat bentuk najis. Sekiranya najis berbentuk sosej yang lembut bermakna usus anda tidak ada masalah sebaliknya, jika najis anda berbentuk seperti kacang menunujukkan anda berhadapan dengan masalah sembelit.

Kita sering mengaitkan sembelit ini dengan kurang makan sayur walaupun terdapat banyak sebab lain termasuklah gaya hidup yang tidak sihat turut menyumbang kepada masalah sembelit ini. Pengambilan ubat untuk mengatasi darah tinggi, kurang bersenam, kehamilan dan tempat baru yang dikunjungi juga menyukarkan anda untuk membuang air besar.


RISIKO BUASIR

Individu yang kerap mengalami sembelit ini akan berdepan dengan penyakit seperti buasir kerana meneran kuat ketika membuang air besar dan membiarkannya tanpa rawatan. Kerana sering  mengalami sembelit dan kerap meneran antara punca-punca otot dinding usus lemah dan tidak berfungsi dengan baik dalam tempoh jangka panjang. Rektum iaitu penghujung usus juga boleh terkeluar sdikit akibat proses mengeluarkan najis yang kerasdan pesakit perlu menjalani pembedahan untuk memasukkan pada kedudukan asal.

PUNCA SEMBELIT
  • Diet tidak menentu
  • Kurang makan sayur @ serat
  • Kurang bersenam
  • Tekanan
  • Mengembara di tempat baru
  • Kehamilan
  • Hormon
  • Tabiat merokok
  • Usia lanjut
  • Kurang tidur

TANDA SEMBELIT

  • buang air besar sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
  • Perubahan secara tiba-tiba corak amalan buang air besar
  • Najis keras dan sukar untuk dikeluarkan
  • Perut kembung

CARA MENGATASI SEMBELIT

  • Makan sayur banyak, 25gm serat sehari
  • Makan buah-buahan
  • Kurangkan makanan diproses seperti daging dan sosej
  • Makan makanan segar
  • Minum air banyak
  • Bersenam
  • Jangan tahan setiap kali terasa hendak mebuang air besar


Adakah anda menghadapi kesan / masalah sembelit seperti di atas? Kini anda tidak perlu risau lagi. Saya cadangkan pengambilan supplemen Shaklee. Insyaallah dapat membantu.



Mengapa memilih Set Sembelit Shaklee?

  • Tiada kesan sampingan
  • Mendapat kelulusan KKM
  • Terbukti berkesan
  • Terbukti semulajadi
  • Terbukti selamat
  • Harga mampu milik
  • Halal


No comments:

Post a Comment