Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kulit kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.
Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka, kulit kepala. Bagi orang dewasa pula dapat dilihat dan ketara di belakang lutut dan pelipat siku.
Penyakit ini boleh dihadapi oleh pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak usia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu atau bapa)
Dua orang anak Zue pengidap ekzema. Alhamdulillah setelah mereka memasuki usia setahun penyakit ekzema makin pulih...alhamdulilah kini pulih sepenuhnya. kat bawah ni gambar diorang.
ini anak zue yang pertama Mukhriz..mula.dapat ekzema bila umur memasuki tiga bulan.
ini anak bongsu zue, Juffrey. Dia pun dapat ekzema sejak umur 3 bulan. Tapi dia paling teruk ekzema sampai kena admit kat hospital.
Ni gambar terkini....licin kan kulit...
ok, sambung cerita................
Punca-Punca Ekzema
- Ada sejarah keluarga seperti asma
- Perubahan emosi seperti resah atau stress
- Alergik kepada makanan dan bahan pengawet
- Alergik kepada persekitaran seperti asap, bahan kimia, haiwan berbulu, habuk
- Alergik kepada bahan pencuci
- Alergik kepada pemakaian bahan kosmetik
- Keadaan cuaca yang panas dan kuat berpeluh
Langkah-langkah untuk mengurangkan kemudaratan ekzema:
- Pemakaian -pakai pakaian yang longgar dan fabrik yang serap peluh seperti kain kapas
- Pemakanan - Elakkkan memakan makanan yang gatal seperti seafood, telur, kekacang dan lain-lain.
- Persekitaran - pastikan rumah anda bebas habuk, Mop lantai dengan dettol, Vakum karpet, sentiasa tukar cadar dan selimut, wujudkan pengudaraan yang baik.
- Sikap - Kuku perlu sentiasa pendek supaya kulit tidak akan tercedera ketika menggaru. Pesakit ekzema juga perlu elakkan diri dari terdedah dengan cahaya matahari . Mandi dengan air panas juga perlu dielakkan.
Apa yang Shaklee boleh bantu anda merawat @ menangani ekzema?
Bayi kurang 1 tahun
- Untuk ibu yang masih menyusu bayi mereka, perlu ambil Energising Soy Protein
- (ESP) dan Omega Guard kerana ianya dapat disalurkan melalui penyusuan ibu.
- Krim Herbal Blend perlu disapu pada bayi untuk mengurangkan rasa kegatalan dan pedih.
- Vitamin E untuk merawat kulit yang luka.
Kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas
- Omega Guard untuk melicinkan dan memperbaiki alahan pada kulit.
- Perlu juga ambil Meal Shakes sebab dalam meal shakes terkandung pelbagai nutrisi.
- Kombinasi krim herba blend dan vitamin E untuk rawatan luka.
Remaja dan dewasa
- Energising Soy Protein (ESP) - membantu penghasilan sel kulit yang sihat
- Vitamin E dan GLA Complex - membantu merawat kulit yang rosak dan juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan.
- Omega Guard - membantu mengekalkan kulit dalam keadaan lembab dan mencegah keradangan kulit. Ia juga membantu dalam mengurangkan kegatalan.
- Alfafa - membantu meningkatkan kekuatan sistem dalaman tubuh dengan bertindak sebagai menyahtoksin.
- Herbal Blend Krim - Boleh digunakan untuk sapuan luaran. dapat melegakan kegatalan dan kepedihan akibat luka ekzema






No comments:
Post a Comment