Wednesday, November 8, 2017

Selesaikan masalah keputihan dengan vitamin Shaklee






Masalah keputihan adalah perkara yang tidak asing lagi dalam kalangan wanita. statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang berkahwin berdepan dengan masalah keputihan ini disebabkan oleh aktiviti seksual.

Apa itu penyakit keputihan ? Ianya adalah sejenis lelehan lendir yang berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj. Keputihan ini berpunca daripada jangkitan kuman terutamanya oleh Gardnerella Vaginalis Trichomonas Vaginalis dan Candida Albicans.Jenis keputihan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik.



Keputihan Fisiologi adalah bersifat normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. Keputihan tersebut sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum datang haid. Lelehan lendir yang normal biasanya berwarna putih atau krim, tidak berbau dan tidak menyebabkan kegatalan pada faraj. Lendir yang keluar adalah bersifat cair dan sedikit.

Keputihan Patologik adalah bersifat kronik dan menunjukkan tanda -tanda penyakit. Keputihan jenis ini berbentuk lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau usuk dan menyebabkan kegatalan pada faraj. Keputihan jenis ini disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria , kulat dan ianya perlu dirawat dengan segera.

Ada banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya keputihan tersebut. Diantaranya ialah dari segi kebersihan, hormon, gaya hidup dan juga faktor kesihatan. 

Penyakit keputihan yang tidak dirawat dakan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani bukan saja berpotensi menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi juga boleh menyebabkan penyakit kanser rahim.

Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Amalan amalan yang disarankan kepada semua wanita :



  • sentiasa pastikan bahagian faraj berada dalam keadaan kering dan bersih
  • elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH
  • sentiasa menukar @ menggantikan tuala wanita semasa datang haid
  • gunakan panty liner pada saat yang memerlukan sahaja
  • elakkan pemakaian seluar dalam yang ketat
  • jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian sulit
  • elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor
  • kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi
  • amalkan gaya hidup sihat dan mengelakkan aktiviti seks rambang
  • elakkkan kehadiran benda asing di dalam faraj
  • basuh bahagian faraj dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas melakukan hubungan seks
Shaklee ada vitamin yang dapat membantu anda wanita diluar sana yang mengalami masalah keputihan seperti yang dinyatakan di atas. Hanya perlu mengambil dua jenis vitamin Shaklee iaitu Garlic dan Alfafa.

Jom kita tengak apa fungsi dua vitamin tersebut yang boleh merawat masalah keputihan.

GARLIC COMPLEX
  • membantu merawat jangkitan kuman pada faraj
  • bertindak sebagai antibiotik semulajadi
  • mematikan kuman yang menyebabkan keputihan

ALFAFA
  • kaya dengan klorofil yang bersifat antikulat
  • mengurangkan rasa gatal akibat jangkitan faraj
  • menghilangkan bau busuk pada faraj
  • sebagai agen detox




Jom hubungi Zue untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai set keputihan shaklee




No comments:

Post a Comment