Wednesday, November 15, 2017

Kebaikan Susu Ibu

Susu ibu adalah susu terbaik di dunia. Untuk mendapatkan kebaikan susu ibu, kita digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.




Kebaikan Susu Ibu untuk bayi
susu ibu membekalkan nutrien yang yang terbaik untuk bayi kerana susu ibu mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. Kandungan yang terdapat di dalam susu ibu berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • susu ibu terutamanya kolostrum dapat menguatkan sistem imuniti bayi anda. Ianya melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selsema, bronkitis dan kolik bayi.
  • susu ibu dapat mencegah berbagai masalah seperti asma dan ekzema.
  • susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak bayi dan membantu dalam meningkatkan tahap kecerdikan anak anda.
  • susu ibu tidak mudah tercemar
  • susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul pada setiap masa.
  • ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi pada bayi
  • dapat memberi peluang kepada ibu dan bayi untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan antara ibu dan anak.

Kebaikan Untuk Ibu
  • dengan menyusu, dapat membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • dapat membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat.
  • dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari
  • dapat menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu sepenuhnya.
Lain-lain kebaikan adalah kita tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada. Ia juga baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botil, tin dan kotak.

No comments:

Post a Comment