Setiap wanita pasti pernah merasai kesakitan akibat daripada senggugut. Senggugut adalah sakit kejang yang hadir di bahagian pinggang. Senggugut boleh menganggu emosi wanita jika sakit itu berlanjutan hingga sukar untuk dikekang kesakitannya. Senggugut boleh diatasi dengan mengamalkan pantang larang ketika anda sedang haid. Di sini saya akan berkongsi petua dalam mengatasi masalah kekejangan ketika anda diserang senggugut.
1. Minum air sekerap yang mungkin
Air sebenarnya membantu dalam mengelakkan sakit senggugut ketika haid. Air suam atau air panas adalah sangat baik untuk melegakan kekejangan tersebut kerana ia melancarkan peredaran darah dan boleh merehatkan otot yang kejang.
2. Elak Kafein
Kurangkan atau sebaiknya berhenti seketika mengambil kafein. Ianya dapat mengurangkan tekanan ketika haid. minum teh chamomile untuk meredakan senggugut.
3. Pemanas
Tuam pad atau kantung pemanas di bahagian abdomen dan bahagian bawah belakang badan kerana ia dapat memberikan kelegaan secara berkesan seperti mengambil pil tahan sakit. Jika anda tidak mempunyai kantung air panas atau pad pemanas, mandi dengan air suam atau gunakan tuala yang direndamkan dengan air panas.
4. Bersenam
Aktiviti bersenam sebelum atau ketika datang haid semestinya membuatkan anda rasa malas dan tidak mungkin kerana kekejangan (senggugut) yang dialami anda sudah cukup buat anda rasa sakit. Namun sebenarnya jika anda melakukan aktiviti seperti yoga atau aerobik ia dapat melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan kesakitan senggugut.
5. Air Halia
Halia dipercayai membantu dalam menyembuhkan demam, simptom selsema, sakit kepala dan senggugut. Hiris halia, campurkan ke dalam secawan air panas dan minum untuk melegakan senggugut.
Untuk permasalahan di atas, saya ada cadangan supplement yang boleh diambil untuk mengurangkan sakit senggugut ini.
Kebaikan
- Mengurangkan simptom sepeti gatal, bengkak, mengelupas, kekeringan dan sakit send
- Mengimbangi hormon insulin & menurunkan paras kolestrol
- Sesuai untuk masalah PMS, kemurungan dan kesakitan payudara
2. OsteMatrix
Kebaikan
- Penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi
- Menolong pengecutan otot dan saraf serta mengekalkan tekanan darah normal
- Mengurangkan gejala PMS seperti kembung, kejang, bengkak air dan kemurungan
3. B Complex
Kebaikan
- Metabolisme tenaga dan membina sel darah
- Meningkatkan fungsi otak serta mengurangkan tekanan
- B- for beauty










No comments:
Post a Comment