Monday, November 20, 2017

Sembelit Punca Buasir





Ramai yang tidak mengambil berat dan sering memandang remeh sekiranya tidak membuang air besar walaupun sehingga seminggu atau lebih. Sekiranya tidak membuang air besar lebih dari tiga hari seminggu, bermakna individu itu sedang berdepan dengan  masalah sembelit. 
Sembelit tidak boleh dibiarkan tetapi perlu dirawat dengan segera kerana ianya boleh menganggu aktiviti seharian kita.  Masalah sembelit ini boleh dikesan dengan melihat bentuk najis. Sekiranya najis berbentuk sosej yang lembut bermakna usus anda tidak ada masalah sebaliknya, jika najis anda berbentuk seperti kacang menunujukkan anda berhadapan dengan masalah sembelit.

Kita sering mengaitkan sembelit ini dengan kurang makan sayur walaupun terdapat banyak sebab lain termasuklah gaya hidup yang tidak sihat turut menyumbang kepada masalah sembelit ini. Pengambilan ubat untuk mengatasi darah tinggi, kurang bersenam, kehamilan dan tempat baru yang dikunjungi juga menyukarkan anda untuk membuang air besar.

Wednesday, November 15, 2017

Kebaikan Susu Ibu

Susu ibu adalah susu terbaik di dunia. Untuk mendapatkan kebaikan susu ibu, kita digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.


Wednesday, November 8, 2017

Selesaikan masalah keputihan dengan vitamin Shaklee






Masalah keputihan adalah perkara yang tidak asing lagi dalam kalangan wanita. statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang berkahwin berdepan dengan masalah keputihan ini disebabkan oleh aktiviti seksual.

Apa itu penyakit keputihan ? Ianya adalah sejenis lelehan lendir yang berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj. Keputihan ini berpunca daripada jangkitan kuman terutamanya oleh Gardnerella Vaginalis Trichomonas Vaginalis dan Candida Albicans.Jenis keputihan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik.


Wednesday, November 1, 2017

HB Rendah sewaktu mengandung

Hb sangat penting ketika kita mengandung. Paras Hb yang bagus adalah bermula dari bacaan 11 ke atas. Pengalaman saya ketika mengandung anak bongsu , bacaan HB sangat adalah paling teruk. pertama kali check up ketika kandungan sudah memasuki 5 bulan, bacaan HB adalah 8++..haaa...terukkan? sebab tu saya selalu rasa pening dan penat....Saya mengandung anak bongsu ini tanpa sedar.hahahha...dah bergerak -gerak dalam perut baru tau dah pregnant....tu perut 5 bulan baru buat buku merah.